Arkeologi dan Kepentingan

Apakah Itu Arkeologi
  arkeologi merupakan satu disiplin ilmu sains sosial yang menitikberatkan hal-hal yang berkaitan perilaku manusia purba melalui budaya kebendaan yang ditinggalkan oleh sejarah. Arkeologi dari segi bahasa bermaksud, archaois yang bererti logy (logia) dan membawa maksud locus iaitu ilmu.
Arkeologi juga merupakan ilmu berkaitan kepurbakalaan yang mengkaji tentang kemasyarakatan serta gaya hidup manusia melalui penemuan dan analisis contohnya, melalui penemuan artifak, biofak dan ekofak iaitu landskap budaya yang lama ditinggalkan tapi kekal dalam keadaan yang unik contohnya istana yang masih kekal susun atur permandangannya. Selain itu, melalui analisis menggunakan data dan kajian DNA bagi memastikan bahawa ia merupakan salah satu dari kajian arkeologi.
Disamping itu juga, terdapat pandangan yang berbeza dari pelbagai tokoh-tokoh sejarah berkenaan definisi arkeologi. Daniel (1976)mengatakan bahawa arkeologi itu ialah satu penulisan sejarah daripada kepelbagaian budaya kebendaan yang wujud. Stuart Piggot (1959) mengatakan bahawa arkeologi itu adalah sejarah atas dasar bahawa pengkaji-pengkaji arkeologi bukan sahaja mengali benda tetapi budaya manusia itu. Deet (1967) pula berpandangan berbeza mengatakan bahawa arkeologi itu adalah antropologi. Apa pula yang dimaksudkan dengan antropologi? Antropologi mengkaji tentang manusia yang telah di ketahui siapa asal usul kehidupan manusia itu. Selain itu, Taylor (1971) berbeza pandangan dengan Deet, beliau mengatakan bahawa arkeologi bukan antropologi atau sejarah tapi ia berdiri sendiri dengan maksud mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Perbezaan ini berlaku adalah kerana perbezaan pemikiran terhadap sejarah itu. Walhal di Malaysia, arkeologi itu diletakkan sebagai sejarah berbeza pula di Amerika yang meletakkan arkeologi itu adalah antropologi dan sejarahwan eropah mengatakan bahawa arkeologi adalah sebahagian daripada disiplin ilmu.
Mengapa peri pentingnya arkeologi ini ?
Kerana Arkeologi adalah satu-satunya bidang yang mengkaji ekologi manusia purba yang ditinggalkan oleh sejarah. Selain itu juga, ia merupakan warisan penting yang perlu dipelihara keasliannya dan keunikkannya daripada antikurian. Siapakah antikuarian? Mereka adalah orang-orang  yang ingin mendapatkan nilai daripada ekonomi purba yang dijumpai. Dalam masa yang sama, segala data-data yang dijumpai oleh mereka akan dihapuskan dan cara untuk mendapatkan artifak itu tidak sistematik.
Arkeologi itu juga merupakan kombinasi disiplin ilmu sains tulen dan sains sosial. Penggunaan DNA untuk mengetahu sifat sesuatu penemuan artifak oleh saintis merupakan analisis yang penting untuk mengetahui ketulenan artifak purba tersebut dengan mengenal pasti tempat penemuan, jangka masa artifak tersebut walaupun wujud bercanggahan fakta antara ahli sejarah dan saintis. Arkeologi juga penting kerana ia bukan setakat membicarakan manusia itu tetapi cara yang digunakan pakai untuk mengkaji arkeologi itu juga penting antaranya antropologi, sejarah, seni sejarah, geografi, kimia, geologi, palezologi dan lain-lain lagi.
Kesimpulannya, manusia merupakan salah satu dari makhluk yang menetap dibumi ini.  Uniknya bidang arkealogi ini, walaupun beribu tahun usia manusia purba atau artifak kebendaan yang ditemui, penemuan itu masih boleh dianalisis untuk mengetahui asal usul kehidupan sejarah walaupun umum mengketahui data arkeologi kadang-kadang tidak sempurna apabila terdapat perselisihan fakta diantara saintis dan pengkaji sejarah itu dan banyak keadaan dilakukan serba kebetulan dan spekulatif tetapi keadaan itu masih boleh ditangani untuk mengwujudkan satu suasana budaya ilmu yang ditinggalkan oleh sejarah dan dibincangkan dalam ilmu arkeologi ini.

Comments

  1. Apa kepentingan arkeologi bawa air ye. Saya harap ada orang balas

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kaedah Penulisan Sejarah

Peranan Wanita Bangsawan Kesultanan Melayu Melaka