Perkembangan Kerajaan Johor-Riau dari tahun 1699-1722

     Sepanjang tahun 1699 sehingga tahun 1722 merupakan suatu zaman kepada kejatuhan kerajaan Johor-Riau. Kejatuhan ini telah disebabkan oleh beberapa faktor yang mempengaruhi kejatuhannya.
         Faktor pertama adalah disebabkan oleh pembunuhan keatas sultan. Sultan yang memerintah kerajaan Johor-Riau pada masa itu adalah Sultan Mahmud II. Kemangkatan baginda telah disebabkan oleh laksamanya sendiri yang membunuh baginda bagi membalas niat dendam laksamana Megat Seri Rama kerana Sultan Mahmud II telah membunuh isteri Megat Seri Rama yang sedang sarat mengandung. Dengan pembunuhan ini, maka berakhirlah salah silah keturunan Kesultanan Melayu Melaka yang memerintah kerajaan Johor kerana kemangkatan baginda tidak meninggalkan zuriat dan kemangkatan raja telah diberikan gelaran Marhum Mangkat Dijulang. Keadaan ini telah menyebabkan kepada kehuru-haraan di johor lalu di tambahkan lagi dengan pertabalan Bendahara sebagai mengganti Sultan dengan komplot pembesar.
         Setelah bendahara ditabalkan sebagai Sultan, maka bendahara diberikan gelaran sebagai Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Bendahara sebagai pemerintah Kerajaan Johor Riau merupakan faktor yang mendorong kepada kemerososta kerajaan Johor. Ini kerana sepanjang 18 tahun memerintah, pemerintahannya hanya menambahkan huru hara dan dan permasalahan dalam kerajaan Johor, terutama sekali dikawasan perairan johor. Ini kerana orang laut amat tidak bersetuju dengan pemerintahan Bendahara dan Bendahara sebagai pemerintah. Orang laut yang menentang pemerintahan Bendahara ini telah menimbulkan kekacauan di perairan johor ini menyebabkan  ketenteraman dan keselamatan Johor tidak lagi tenteram sewaktu pemerintahan dari keturunan Kesultan melayu Melaka.
          Keadaan menjadi bertambah tegang apabila muncul seorang yang bernama Raja kecil, yang mendakwa bahawa dirinya merupakan satu-satunya zuriat Sultan Mahmud II. Kemunculan Raja Kechil ini telah mendapat sokongan dari[ada orang laut. Lalu Raja Kechil telah membuat serangan keatas Johor untuk menentang Bendahara. Lalu serangan yang telah dilancarkan ini telah membuahkan hasil kejayaan dengan Bendahara dikalahkan oleh Raja kechil melalui bantuan orang Laut dan orang Minagkabau. Maka Raja Kechil pun memerintah kerajaan Johor dengan gelaran Sultan Abdul jalil Rahmat Syah. Namun pemerintah raja Kechil hanya mampu bertahan selama empat tahun sahaja iaitu dari tahun 1718 sehingga tahun 1722. Kerana telah ditentang oleh anak kepada Bendahara abdul Jalil iaitu Raja Sulaiman.
          Penentangan Raja sulaiman ini telah membawa kepada serangan keatas Raja Kechil. Pergolakan yang berlaku ini telah menyebabkan kepada kejatuahn kerajaan johor riau kedasar yang lebih teruk lagi. Ini kerana penentangan raja sulaiman ini telah mendapat kerjasama daripada orang bugis. Penentangan raja Sulaiman telah menyebabkan raja Kechil kalah dan taktah Raja kechil telah dirampas oleh raja sulaiman. Maka dengan pertabalan Raja Sulaiman ini raja sulaiman telah diberikan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Sebagai balasan kepada pertolongan bugis, maka Raja Sulaiman mengotakan janjinya dengan melantik Daeng marewah sebagai yamtuan Muda Johor yang pertama, maka dengan perlantikan yang teah dibuat ini, merupakan suatu tanda kepada permulaan campur tangan orang bugis dalam politik di tanah melayu.
           Kesimpulannya, kerajaan Johor riau telah runtuh disebabkan oelh perebutan kuasa pemerintah, maka dapatlah disimpulkan bahawa sepanjang tempoh 1699 sehingga 1722 merupakan zaman kepada keruntuhan kerajaan Johor-Riau.

Comments

Popular posts from this blog

Kaedah Penulisan Sejarah

Peranan Wanita Bangsawan Kesultanan Melayu Melaka

Arkeologi dan Kepentingan