Kaedah Penulisan Sejarah

        Dalam penulisan sejarah, ianya mengandungi empat perkara utama, iaitu heuristik atau lebih dikenali sebagai sumber, seterusnya adalah kritikan atau juga dikenali sebagai hermeneutik, langkah seterusnya adalah pentafsiran dan langkah terakhir adalah penulisan sejarah iaitu historiography.
     Kaedah pertama iaitu heuristik merupakan kaedah pencarian maklumat atau sumber sejarah oleh ahli sejarah. Ahli sejarah amat mementingkan sumber yang sahih dalam penghasilan penulisan sejarah. Menurut Mohd yusuf ibrahim, sumber ialah suatu yang boleh menjadi punca lahirnya suatu pemikiran atau penulisan. Sumber juga boleh dilihat melalui bahan peninggalan sejarah. Sumber terbentuk kepada dua jenis iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer diklafikasikan sebagai bahan-bahan asli seperti dokumen, surat (rasmi dan tidak rasmi),laporan dan buku harian yang belum ditafsir lagi. Manakala, sumber sekunder adalah bahan-bahan penulisan yang telah diproses, ditafsir atau telah dibuat andaian oleh alhi sejarah. 

     Kaedah kedua adalah kritikan hermeneutik dapat didefinisikan sebagai proses pentafsiran sumber untuk mendapatkan kesahihan. Ernst Bernheim telah membahagikan kritikan hermeneutik kepada dua jenis kritikan luaran dan kritikan dalaman. Kritikan luaran merujuk kepada usaha ahli sejarah bagi memastikan sumber yang diperolehi itu asli, tulen dan sahih dari segi fizikal dan luaran sahaja. Manakala, kritikan dalaman pula bertujuan untuk menetukan kebenaran tentang sesuatu isi kandungan sesuatu sumber. Walaupun sesuatu sumber itu telah disahkan keasliaannya dari aspek kritikan luaran, tetapi jika kandungannya mencurigakan maka sumber tersebut tidak wajar dijadikan sumber sejarah. kritikan dalaman biasanya dilakukan oleh ahli sejarah tanpa bantuan dari pihak lain. 

      Kaedah ketiga pula adalah pentafsiran sejarah. Pentafsiran sejarah merupakan suatu konsep pensejarahan yang digunakan untuk mengkaji sesuatu kebenaran tentang peristiwa yang berlaku dan berdiri daripada fakta-fakta yang benar. Kebiasaannya, pentafsiran sejarah ini berbentuk bebas, yakni penulisan sejarah ini mengikut pemikiran dan pandangan sejarahwan sendiri.
      Penulisan sejarah dikenali sebagai historiografi merupakan kaedah yang keempat. Historiografi ini terbentuk daripada perkataan Yunani iaitu historian dan grafien. Bagi Weiner (1967), beliau telah menyatakan bahawa penulisan berkait rapat dengan individu yang ingin mempelajari penulisan dengan cara yang baik dan serius. Secara amnya, penulisan sejarah merupakan satu penulisan, pemaparan atau laporan penetilian sejarah yang telah dilakukan.


Comments

Popular posts from this blog

Peranan Wanita Bangsawan Kesultanan Melayu Melaka

Arkeologi dan Kepentingan