Fungsi Pendidikan Terhadap Pembangunan Insan

 ''Arah yang diberikan pendidikan adalah untuk mengawali hidup seseorang akan menetukan masa depannya'' Plato. Telah kita ketahui pendidikan akan membawa kita kepada zaman yang lebih baik. Ini kerana dapatlah kita melihat sedikit sebanyak perubahan yang dibawa oleh arus pendidikan kepada masa depan. Dengan adanya pendidkan maka insan cermerlang mampu dilahirkan dan kemajuan negara dapat dipertingkatan.
   
     Pendidikan yang berkualiti dan bermutu tinggi akan mampu melahirkan insan yang berpengetahuan luas. Melalui pendidikan yang diterima oleh seseorang individu akan menjadikan seseorang itu kaya dengan pelbagai pengetahuan. Apatah lagi pada zaman alaf ke-21 ini, semakin banyak benda yang boleh dipelajari. Sebagai contohnya, penerapan tentang penggunaan teknologi ICT di sekolah telah mendorong individu untuk mengenali dunia teknologi seiring dengan kemodenan negara asing. contoh seterusnya dalam pengetahuan yang luas dalam perkara yang pelbagai seperti keusahawaan boleh mendorong masyarakat untuk memajukan diri sendiri. Jelaslah bahawa pendidikan akan mendorong individu untuk memiliki pengetahuan yang luas serta dinamik.
   
     Pendidikan amatlah berhubungkait dengan pembangunan negara kerana rakyat yang berpendidikanlah yang akan melonjakan nama negara dipersada dunia. Seperti yang telah dikatakan sendiri oleh Perdana menteri kita sendiri iaitu Datuk Seri Najip Tun Razak, ''sesebuah bangsa yang tidak mempunyai ilmu akan tewas kepada pihak lain kerana tanpa ilmu kita tidak akan mempunyai kekuatan bagi mengatasi pihak tersebut''. Maka jelaslah bahawa untuk berjalan selangkah ke hadapan dengan kemodenan serta pembangunan negara lain, kita perlulah mempunyai pengetahuan yang luas, Kemahiran yang tinggi dan sikap kepimpinan yang mantap yang daripada pendidikan akan mampu membawa nama negara.
    
    Kesimpulannya, permulaan daripada sesuatu itu adalah applikasi daripada sesuatu didikan yang diterima. Oleh itu jelaslah bahawa pendidikan itu mampu membangunankan insan yang berguna kepada bangsa dan mendorong kepada pembangunan negara dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Comments

Popular posts from this blog

Kaedah Penulisan Sejarah

Peranan Wanita Bangsawan Kesultanan Melayu Melaka

Arkeologi dan Kepentingan