Peranan Wanita Bangsawan Kesultanan Melayu Melaka

         Melalui artikel yang telah ditulis oleh Dr. Haryati Hasan berkenaan dengan Pengorbanan Wanita Dalam Kesultanan Melayu Melaka, Rela Atau Terpaksa, artikel ini telah memaparkan tentang peranan-peranan wanita yang sangat mendalam. Artikel ini juga membincangkan kedudukan wanita yang terumbang-ambik disebabkan oleh pemerintahan sultan-sultan melaka yang mempunyai kepentingan mereka sendiri.
   
      Antara peranan wanita bangsawan yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka ialah wanita adalah sebagai alat kepentingan politik. Tun Kudu merupakan anak kepada Bendahara Seri Wak Diraja dan juga merupakan isteri kepada Sultan Melaka iaitu Sultan Muzaffar Syah. Tun Kudu telah diceraikan oleh sultan atas kepentingan politik. Peristiwa ini terjadi pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah iaitu sekitar tahun 1445 sehingga 1459. Sultan menceraikan Tun Kudu kerana sultan ingin mengahwinkan Tun Kudu dengan bendahara Seri Nara Diraja. Ini kerana, sultan mempunyai hubungan yang tidak baik dengan Bendahara Seri Nara Diraja. selain itu sultan juga berhasrat agar Bendahara Seri Nara Diraja bersara. Oleh itu sebagai syarat untuk Bendahara Seri Nara Diraja untuk bersara adalah Bendahara ingin mengahwini isteri sultan iaitu Tun Kudu. maka dengan tidak was-wasnya sultan telah menceraikan tun kudu dan Bendahara Seri Nara Diraja telah mengahwini Tun Kudu. Tun Kudu telah menjadi satu alat untuk kepentingan ekonomi melalui perkahwinan Tun Kudu dan Bendahara Seri Nara Diraja. Ini telah menyebabkan harga diri Tun Kudu jatuh secara mendadak iaitu dari seorang isteri sultan jatuh kepada isteri bekas bendahara yang tua.
      
     Selain itu,wanita juga dijadikan sebagai penebus kesalahan. Hal ini dapat dibuktikan dengan watak Tun Teja yang merupakan anak kepada Bendahara Pahang Seri Amar bangsa Diraja, Tun Teja juga merupakan tunangan sultan Pahang yang bernama Sultan Abdul Jalil. Sultan Melaka pada ketika itu ialah Sultan Mahmud Syah, beliau memiliki perasaan untuk mendapatkan Tun Teja. sehinggakan mengarahkan sesiapa sahaja yang mampu membawa balik Tun Teja kepadanya maka akan ditunaikan permintaannya. perkara ini telah berlaku dipahang. kisah ini berlaku semasa pemerintah Sultan Mahmud Syah di Melaka. sultan sangat berkeinginan dengan tun teja kerana para rupa Tun Teja yang rupawan telah mendororng sultan Mahmud Syah untuk mengahwini Tun Teja. Hang Nadim yang ingin menebus kesalahannya kepada sultan telah berusaha membawa Tun Teja balik ke Melaka walaupun dengan cara memukau Tun Teja.
      
      Seterusnya, dalam kesultanan Melayu Melaka ini juga wanita dijadikan sebagai pemuas nafsu. Contoh yang mampu diambil ialah Tun Fatimah iaitu isteri kepada Tun Ali dan anak kepada Bendahara Tun Mutahir. Tun Fatimah telah dirampas dari Tun Ali oleh sultan Mahmud Syah. perkara ini telah terjadi semasa pemerintahan sultan Mahmud Syah di Melaka. perampasan ini terjadi kerana nafsu sultan Mahmud Syah sangat membuak-buak terhadap Tun Fatimah kerana rupa paras Tun Fatimah itu sangatlah jelita. perampasan yang dilakukan oleh sultan ini adalah dengan mmembunuh Tun Ali dan seluruh keluarga Tun Fatimah termasuklah ayah tun fatimah sendiri iaitu Bandahara Tun Mutahir.
      
       
Tuntasnya, jelaslah bahwa peranan wanita bangsawan pada zaman kesultan melayu melaka sangat memainkan peranan peting walaupun peranan yang dimainkan itu adalah secara terpaksa dan meragut kebahagiaan sebilangan wanita bangsawan.

Comments

Popular posts from this blog

Kaedah Penulisan Sejarah

Arkeologi dan Kepentingan