Posts

Showing posts from May, 2017

Perkembangan Kerajaan Johor-Riau dari tahun 1699-1722

Image
     Sepanjang tahun 1699 sehingga tahun 1722 merupakan suatu zaman kepada kejatuhan kerajaan Johor-Riau. Kejatuhan ini telah disebabkan oleh beberapa faktor yang mempengaruhi kejatuhannya.          Faktor pertama adalah disebabkan oleh pembunuhan keatas sultan. Sultan yang memerintah kerajaan Johor-Riau pada masa itu adalah Sultan Mahmud II. Kemangkatan baginda telah disebabkan oleh laksamanya sendiri yang membunuh baginda bagi membalas niat dendam laksamana Megat Seri Rama kerana Sultan Mahmud II telah membunuh isteri Megat Seri Rama yang sedang sarat mengandung. Dengan pembunuhan ini, maka berakhirlah salah silah keturunan Kesultanan Melayu Melaka yang memerintah kerajaan Johor kerana kemangkatan baginda tidak meninggalkan zuriat dan kemangkatan raja telah diberikan gelaran Marhum Mangkat Dijulang. Keadaan ini telah menyebabkan kepada kehuru-haraan di johor lalu di tambahkan lagi dengan pertabalan Bendahara sebagai mengganti S...

Fungsi Pendidikan Terhadap Pembangunan Insan

Image
 ''Arah yang diberikan pendidikan adalah untuk mengawali hidup seseorang akan menetukan masa depannya'' Plato. Telah kita ketahui pendidikan akan membawa kita kepada zaman yang lebih baik. Ini kerana dapatlah kita melihat sedikit sebanyak perubahan yang dibawa oleh arus pendidikan kepada masa depan. Dengan adanya pendidkan maka insan cermerlang mampu dilahirkan dan kemajuan negara dapat dipertingkatan.          Pendidikan yang berkualiti dan bermutu tinggi akan mampu melahirkan insan yang berpengetahuan luas. Melalui pendidikan yang diterima oleh seseorang individu akan menjadikan seseorang itu kaya dengan pelbagai pengetahuan. Apatah lagi pada zaman alaf ke-21 ini, semakin banyak benda yang boleh dipelajari. Sebagai contohnya, penerapan tentang penggunaan teknologi ICT di sekolah telah mendorong individu untuk mengenali dunia teknologi seiring dengan kemodenan negara asing. contoh seterusnya dalam pengetahuan yang luas dalam perkara yang pelbagai sepe...

Peranan Wanita Bangsawan Kesultanan Melayu Melaka

Image
          Melalui artikel yang telah ditulis oleh Dr. Haryati Hasan berkenaan dengan Pengorbanan Wanita Dalam Kesultanan Melayu Melaka, Rela Atau Terpaksa, artikel ini telah memaparkan tentang peranan-peranan wanita yang sangat mendalam. Artikel ini juga membincangkan kedudukan wanita yang terumbang-ambik disebabkan oleh pemerintahan sultan-sultan melaka yang mempunyai kepentingan mereka sendiri.           Antara peranan wanita bangsawan yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka ialah wanita adalah sebagai alat kepentingan politik. Tun Kudu merupakan anak kepada Bendahara Seri Wak Diraja dan juga merupakan isteri kepada Sultan Melaka iaitu Sultan Muzaffar Syah. Tun Kudu telah diceraikan oleh sultan atas kepentingan politik. Peristiwa ini terjadi pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah iaitu sekitar tahun 1445 sehingga 1459. Sultan menceraikan Tun Kudu kerana sultan ingin mengahwinkan Tun Kudu dengan bendahara Seri Nara ...

Arkeologi dan Kepentingan

Image
Apakah Itu Arkeologi    arkeologi  merupakan satu disiplin ilmu sains sosial yang menitikberatkan hal-hal yang berkaitan perilaku manusia purba melalui budaya kebendaan yang ditinggalkan oleh sejarah.  Arkeologi  dari segi bahasa bermaksud, archaois yang bererti logy (logia) dan membawa maksud locus iaitu ilmu. Arkeologi  juga merupakan ilmu berkaitan kepurbakalaan yang mengkaji tentang kemasyarakatan serta gaya hidup manusia melalui penemuan dan analisis contohnya, melalui penemuan artifak, biofak dan ekofak iaitu landskap budaya yang lama ditinggalkan tapi kekal dalam keadaan yang unik contohnya istana yang masih kekal susun atur permandangannya. Selain itu, melalui analisis menggunakan data dan kajian DNA bagi memastikan bahawa ia merupakan salah satu dari kajian  arkeologi . Disamping itu juga, terdapat pandangan yang berbeza dari pelbagai tokoh-tokoh sejarah berkenaan definisi  arkeologi . Daniel (1976)mengatakan bahawa  arkeolog...

Kaedah Penulisan Sejarah

Image
        Dalam penulisan sejarah, ianya mengandungi empat perkara utama, iaitu heuristik atau lebih dikenali sebagai sumber, seterusnya adalah kritikan atau juga dikenali sebagai hermeneutik, langkah seterusnya adalah pentafsiran dan langkah terakhir adalah penulisan sejarah iaitu historiography.      Kaedah pertama iaitu heuristik merupakan kaedah pencarian maklumat atau sumber sejarah oleh ahli sejarah. Ahli sejarah amat mementingkan sumber yang sahih dalam penghasilan penulisan sejarah. Menurut Mohd yusuf ibrahim, sumber ialah suatu yang boleh menjadi punca lahirnya suatu pemikiran atau penulisan. Sumber juga boleh dilihat melalui bahan peninggalan sejarah. Sumber terbentuk kepada dua jenis iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer diklafikasikan sebagai bahan-bahan asli seperti dokumen, surat (rasmi dan tidak rasmi),laporan dan buku harian yang belum ditafsir lagi. Manakala, sumber sekunder adalah bahan-bahan penulisan yang telah dip...